Friday 2 December 2011

ranCANGAn MalaysiA Ke-9


         Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Teras Pertama daripada Rancangan Malaysia Ke-9 - Bab 5 menyatakan bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan salah satu industri penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ini berikutan dengan pertumbuhan sektor ICT yang pesat dan peranannya merangsang perkembangan industri-industri lain di Malaysia.

Pembangunan sektor teknologi maklumat dan komunikasi dalam merapatkan jurang digital (BDD) akan diterajui oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi,dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pelajaran


Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) merupakan inisiatif Malaysia untuk pembangunan industri teknologi maklumat dan komunikasi global. Kini MSC Malaysia telah berkembang menjadi hab ICT yang dinamik, menjadi hos kepada lebih daripada 900 syarikat-syarikat multinasional, milikan asing dan milikan tempatan yang bertumpu kepada produk, penyelesaian, perkhidmatan dan; penyelidikan dan pembangunan (R&D) multimedia dan komunikasi.

No comments:

Post a Comment